Rabu, Mac 30, 2016

Hello pembaca yang budiman, lama saya tidak update blog ini. Mungkin terlalu banyak media sosial masa kini sehingga lupa membuka dan update blog. Gambar di atas adalah pondok kesayangan kami, di tanah kami di Kampung Tinangol Kudat, keluasan tanah tersebut 4 ekar. Saya beli pada tahun 2006 dan tahun 2007 barulah saya membuka tanah ini dan membuat pondok kebun. Harga tanah ini RM5000 sahaja sebab belum ada geran lagi, malahan belum pun dipohon oleh pemilik tanah ini.

Suatu masa dulu inilah tempat paling menyeronokan kami sekeluarga, ada sekali dua kami bermalam disini, tidak dapat digambarkan perasaan gembira dan seronoknya kami berada di sini, macam surgalah konon perasaan kami. Tapi pada masa saya ambil gambar ini pada tahun 4/11/2015, tempat ini tidak lagi menarik perhatian kami, ditambah lagi pokok kelapa sawit pun sudah tinggi seperti dalam gambar, cuma tidak ada hasil yang kami dapat. Sebab tiada pekerja, saya sendiri pun tidak mampu buat kerja kebun, bukan apa sibuk saja setiap hujung minggu.

Kadang-kadang saya terfikir juga mungkin tanah ini lebih menarik kalau dibiarkan tanpa di tanam kelapa sawit, biarkan pokok semula jadi tumbuh. Tidak perlu penyelengaran setiap tahun. Mungkin lebih mengujakan...Tidak tahulah manusia memang tidak pandai berpuas hati.

Tujuan asal saya beli tanah ini ialah mahu dijadikan resort hehe...angan-angan Mat Jinin....
Sampai sekarang tidak juga jadi-jadi sudah hamper 10 tahun tanah ini dibeli...kesian. Kenapa tidak jadi-jadi?...Saya tahu, sebab saya tiada fokus, terlalu banyak perkara yang saya mau buat dalam hidup ini, Inlah jadinya tiada yang berjaya  dilakukan dengan jayanya. Rugi sendiri....Harap-harap lepas ini saya lebih fokus..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan