Khamis, November 26, 2015

Shallom warga dunia yang dikasihi semua. Gambar diatas adalah bangun lama gereja kami PCS Jemaat Nongkul ia siap dibina pada tahun 1985 dengan peruntukan daripada kerajaan Sabah (PBS) dengan hanya 5k peruntukan. Bangunan ini digunakan sehingga tahun 2007 selepas digantikan oleh bangunan baru konkrit sepenuhnya dengan peruntukan RM25K sahaja. Tapak yang sama bangunan baru itu dibuat, seperti dalam gambar di bawah.

Tahun ini 2015 genap sudah umur Jemaat PCS Nongkul ke-30 tahun, pada 28/6/15 kami telah mengadakan majilis ulang tahun gereja kami, dirasmikan oleh Pdt Daniel Oduhau setiausaha umum PCS dan pengkhotbah Pdt Jonius Mosingkai gembala parokhi Sikuati masa ini.

Apa yang menarik jemaat Nongkul ini ia terus berkembang secara fizikal dan pelayanannya, walaupun bilangan anggota jemaatnya semakin berkurangan disebabkan oleh beberapa sabab, pertama pengwujudan jemaat Rumbizo yang dahulunya anggota jemaat Rumbizo adalah anggota jemaat Nongkul juga pada tahun 1990an saya tidak berapa ingat, kemudian pada tahun 2010 lebih separuh anggota jemaat PCS Nongkul berpindah tempat tinggal ke penempatan Garau bagi penduduk yang terlibat tanah dan rumah kediaman mereka oleh projek empangan Milau.

Kini (26/11/2015) jemaat yang tinggal di Kg Nongkul hanyalah 12 buah rumah dengan hanya lebih kurang 30 orang sahaja yang tinggal di Kg Nongkul. Tetapi oleh sebab iman anggota jemaat Nongkul yang kuat kekurangan bilangan anggota jemaat dari 150 orang kepada 30 orang tidak menjejaskan pelayanan dan pembangunan jemaat ini secara fizikal dan rohaninya. Puji Tuhan sebab saya sangat percaya itu bukan kekuatan kami tapi kekuatan Roh Tuhan yang ada disetiap orang yang percaya pada Tuhan Yesus. Semoga jemaat Nongkul terus diberkati dan memberkati orang lain. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan