Rabu, Mac 30, 2016

Hai semua pembaca blog...Ini anak perempuan kami nama dia Praysie kami panggil dia Ochie...Kata awal nama pray bermaksud doa, itulah maksud nama anak kami itu Doa. Dibelakang dia itu adalah tapak pembinaan pondok stor kami, projek ini konon-konon bermula pada 5/9/2015.
Gambar di atas adalah rangkan tiang.
 

Saya susun batu dan bata merah, semua bahan ini saya cari dihalaman rumah. Kemudian saya lekatkan antara satu dengan yang lain membulat besi tiang. Inilah hasilnya. Jimat kos dan tahan lama tiang saya ini. Sebenarnya tiada tiang kayu bulian di pasaran sekarang jadi saya buat inovasi buat tiang macam inilah. Perah otak juga baru dapat idea ini tau..Hee

Tiang sudah hampir siap

Apabila cukup ketinggian yang saya mahu, di puncak tiang itu saya pacak pengapit tiang untuk pelekatan beam nanti. Ruang kosong dalam tiang itu saya isi dengan simen, jadi tiada ruang kosong lagi dalam tiang tersebut. Kuatlah mungkin tiang inikan...
Beam sudah pasang

 
Seterusnya saya letak beam dengan menggunakan nut, macam pandai saja...hehe
Fomula buat rumah ini mudah saja dalam istelah bahasa Rungus ialah; Arantai, Otulid, Osikuel,Apapag. dalam bahasa Melayu saya tidak tau dalam bahasa English lagilah saya tidak tahu.
Si Ochie tiada baju.
 
 
Kemudian saya pasang lantai, supaya senang melakukan kerja-kerja pasang tiang bumbung dan rangka bumbung. Saya buat ringkas saja pondok ini, size pun kecil saja 6 kaki persegi saja. Percubaan saja bah ini, takut nanti tidak jadi rugi besar pula saya dibuatnya.
Ochie dan Sarop adalah peneman saya semasa buat ini pondok..terima kasih Ochie dan Sarop, sebab memberi sokongan moral. Tidalah dady sunyi.

Macam tidak pandai saja pegang tukul ini..

Ini gambar saya sedang beraksi melakukan kerja-kerja bertukang...Ochie yang ambil gambar.

Rangka bumbung telah siap saya pasang. Sebahagian dinding juga saya sudah pasang...boleh juga saya buat rupanya, saya gunakan imaginasi sahaja ini buat...

Dinding pondok sudah siap...ye..
Dindin pondok sudah siap dipasang. Atap lagi mau dibuat.

Atap sudah mula dipasang..Simen yang saya pakai bikin atap..Tidak tau jadikah tidak ini.

Macam ok juga ini simen tidak juga jatuh.


Hampir siap sudah pasang atap..seminggu sekali saya sambung ini kerja..itu pun kalau tidak hujan atau tiada aktiviti gereja.

Dari sudut yang menarik..

Bahagian lain atap pondok


Siap sudah saya buat atap...saya guna simen..teknik ala-alah simenfero saya buat atap pondok stor. Saja buat percubaan menjadi atau tidak, nampak gaya menjadi juga. Maklumlah pertama kali buat cara ini.

Pandangan pada posisi yang berlainan.

Ini macam gambar sama saja..

Ini pandangan dari sisi lain..

Ini ada bunga pula...

Ini bunga lain lagi...

Saja bagi tengok itu tiang..

Pintu belum buat, baru nak fikir macam mana buat pintu...

Haha...jadi juga pintu saya...orang lain tidak akan buat pintu merangkap jendela..ada ada saja hasilan  kreativiti yang tercipta bila kita paksa otak kita berfikir.

Hampir siap sudah ini pondok stor saya...ye..tinggal mau buat tangga lagi..
Ini anjing jiran kami, saya namakan anjing ini Sarob..Bagus ini anjing memberi sokongan moral pada saya...Ha..ha...ha...

Proses buat tangga...lama juga saya fikir macam mana rupa bentuk tangga yang saya mahu buat..

Akhirnya inilah hasilnya...

Saya lekatkan tiles lagi..Tiles saya dapat dari si Dodoon di KK, lebihan tiles masa dia buat renovation dapur mereka.

Cantik jugakan tangga saya ini...

Saya hias lagi pondok ini dengan bunga...cantikkan..

Akirnya siap juga pondok stor saya ini..pada 30/12/2015. Projek ini bermula pada awal bulan Julai tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada 30/12/15. Saya puas hati sebab rekabentuk dan melakukan kerja-kerja membuat pondok stor ini saya yang buat sendiri, tanpa bantuan dari orang tukang. Paling saya gembira dan puashati ialah ciptaan tiang pondok ini yang belum pernah orang lain buat dalam planet bumi ini. Begitu juga dengan atap pondok ini, jarang orang buat atau mungkin belum ada orang buat lagi dalam dunia ini. Syabas kepada diri sendiri...Amin, sekali lagi saya dedikasikan kejayaan membuat pondok ini kepada Tuhan Yesus yang telah memberikan Roh Kudus tinggal dalam diri saya yang telah mengilhamkan pondok ini. Sekian.
Tahun 2016 projek saya ialah buat parking kereta...hehe....

Mau juga tengok apa ada di dalam...hehe...

 
Ada pelawat ini pondok saya...8/5/2016, musim kering masa ini, lama tidak hujan, tengok saja rumput sekeliling pondok ini semua mati. Macam musim gugur pulakan...
Mereka ini sebenarnya jemaat Nongkul, KBRT (Kebaktian Rumah Tangga) di rumah kami. Apa pun saya rasa gembira sebab ada juga mereka tengok-tengok masa KBRT.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan