Rabu, November 25, 2015

 
Shallom semua, tahun ini genap sudah lima tahun umur apartment kami di Cyber City apartment 2 Kota Kinabalu, tahun 2008 saya beli apartment ini belum mula dibina harga pada masa itu 145K, masa itu ramai kawan-kawan saya cakap mahalnya harga apartment kamu beli itu, ruginya kamu, kata mereka. Saya buat tidak dengar sajalah, sebab saya sudah setuju membeli dan telah pun tandatangan perjanjian jual beli. Tapi harga apartment ini pada tahun 2015 sudah 200K lebih, tiada lagi harga di bawah 200K. Baru saya tahu betapa beruntungnya saya beli apartment ini dengan harga 145k dulu. Kawan-kawan yang cakap rugi beli apartment akhirnya membeli juga kemudian tapi hahaha, harga dalam 200K sudah, baru tahu..hehe.

 Pada tahun 2010 bulan Ogos tahun itu kami dapat sudah kunci, wow!... bukan main gembiranya saya. Walapun apartment ini kecil saja keluasan hanya 525kp saja tidak berapa ingat keluasannya dan kosong tiada apa-apa.

Pada tahun 2011 saya kasi sewa apartment kami sehingga tahun 2013, dengan kadar sewa RM750.00 sebulan, kira ok jugalah daripada langsung tidak ada pendapatan. Saya bayar RM799.00 setiap bulan untuk 25 tahun lamanya. Lama itu intah sempat sampai kah tidak hehehe...tidak apalah untuk anak-anak juga. Tidaklah anak-anak susah cari tempat tinggal bila pergi KK.

Tahun 2013 sehingga tahun 2015 saya tinggal di apartment kami ini, sebab saya kerja di Kota Kinabalu. Tapi tahun 2015 bulan September, saya cuba-cuba offer kasi sewa harian, ada juga orang mau rupanya kira macam homestay lah konon. Itu pun saya offer untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Hari biasa saya yang tinggal. Hujung minggu saya balik Kudat. sebab anak-anak dan isteri di Kudat.

Begitulah cerita pasal apartment kami ini. Seronok juga ada aset rumah ini sebenarnya. Hidup lebih aman, sebab adalah kita tengok hasil kita bekerja dengan kerajaan selama ini.


 
Sekarang fully furnished sudah ini apartment kami. Ada aircond lagi di bilik besar.
 
Aisbox ini second hand saja saya beli dari mudah.com
Tandas pun cantik hehe..

Mana tau ada yang berminat mau tinggal, sekarang harga masih RM80.00 satu malam, tahun depan macam naik lagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan