Isnin, Mac 13, 2017

13/3/17..7.45 pagi..HWKKS. Hari saya bekerja seperti biasa, dari rumah kami di Kudat jam 4.30am, sampai di HWKKS lebih kurang jam.7.15am. Kejadian miscarriage isteri saya masih memenuhi minda sehingga pagi  ini. Mungkin masih dalam fasa marah, sedih dan menerima. Macam macam alasan teologi bermain dlm fikiran. Tapi saya tidak fokus sangat untuk mencari jawapan, saya buat kesimpulan bahawa anak itu bukan anugerah bagi kami dan kami sudah sepakat untuk tidak berusaha lagi untuk mengandung, cukuplah ada dua orang anak yang Tuhan telah anugerahkan kepada kami. Bunyi macam merajuk. Hahaha memang pun merajuk. Hidup memang menarik dan mengujakan sebab kita tidak dapat menentukan apa yg bakal terjadi hari esok..Macam bantal yg saya buat ini..Siapa tahu apa yg ada di dalam bantal itu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan