Isnin, Mac 13, 2017





12/3/17..Hari ini kami tidak kemana mana, tidak pergi gereja, di Tinangol mahu pun di Nongkul. Bukan apa isteri masih terlalu lemah untuk datang kegereja, saya pula tidak senang hati tinggalkan isteri di rumah. Cuaca pun hujan saja dari semalam sampai kepetang. Petang bila tiada hujan saya sambung projek memasang tiles kolam mandi kami, hati sangat gembira melakukan kerja kerja pasang tiles..Akhirnya saya semakin faham teknik memasang tiles agar kelihatan lebih rapi, kenapalah saya tidak tahu sebelum ini, kalau tidak sudah tentu tiles saya lebih kemas daripada sekarang. Inilah namanya pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan