Selasa, November 24, 2020

4.4.2020 Tugu peringatan COVID-19, virus selesema yang dikesan di Wuhan China pada tahun 2019. Kemudian merebak keserata dunia termasuk Malaysia. Memaksa kerajaan baharu yang baharu terbentuk pada 1.3.2020 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh akibat Perdana Menteri meletak jawatan (Tun Mahathir Mohamad).Agung melantik perdana menteri Malaysia yang baharu melalui pertemuaan satu persatu ahli parliment yang berlangsung selama dua hari. Agung mendapati Muhyiddin Yassin mendapat sokongan. Agung pun melantik beliau menjadi perdana menteri Malaysia ke-8. 18 Mac 2020 selepas kabinet dibentuk perintah kawalan pergerakan (PKP) telah diwartakan untuk memutuskan rangkian jangkitan Covid 19 dikalangan rakyat, selama dua minggu tetapi bersambung dan bersambung sehingga berminggu-minggu. Semasa saya update blog ini (24.11.2020) kes baharu Covid mencatat kes paling tinggi sejak Mac 2020 iaitu 2,188 semoga TUHAN mengampuni dosa-dosa rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan