Isnin, Januari 22, 2018

20/1/18 di Station Paroki Sikuati. Pembentangan projek membina motel di tapak asrama Duisburg, idea saya sendiri, saya post di group whatsapp Komuniti PCS Malaysia, kemudian Dr Yusri bagi saya peluang buat pembentangan di hadapan AJK EXCO dlm bidang Ekonomi. Semua berjalan dengan lancar, respond mereka pun amat positif. Mereka sebulat suara menyokong idea saya. Tinggal lagi akan dibawa dlm mesyuarat EXCO pada 27/1/18. Harap harap EXCO bagi respond YA..Macam saya ada insting EXCO akan buat keputusan idea ini akan dibawa dlm Senoda tahun ini. Biasanya Senoda akan luluskan usul seperti ini. Kemudian Senoda mengarahkan EXCO buat penambah baikan kertas kerja. Lepas Senoda EXCO yg berkenaan menanggu kerja, sampailah era Presiden yg baru. Lastly idea tidak terlaksana. Begitulah kesudahan idea membina motel ini nanti..Sedihnya... Insting saya saja ba itu..Sama macam Standard Kemandirian Gereja yg pernah saya buat dan laksanakan di Paroki Sikuati. Senoda terima, dengan sedikit penambah baikkan, akhirnya terkubur selepas Senoda, sebab EXCO yg berkenaan tidak buat kerja susulan, dan paling sedih dia sendiri dipecat dlm EXCO. Kesian..Harap harap kali ini idea saya boleh dilaksanakan, kalau tidak pun saya buat motel saya sendiri di tepi rumah kami..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan