Selasa, Oktober 10, 2017

7/10/17. Tampakan part 1, akhirnya sampai juga kami kira kira jam 5.40pm, jalan sangat tidak bagus, melalui ladang kelapa sawit, ladang getah dan jalan hutan belukar. Tiada penunjuk arah, tiada line internet dan banyak lagi halangan. 3 kali kami bertanya minta tunjuk arah, akhirnya sampai juga..memang tempat ini perlu sentuhan pembangunan salah satu cara dengan membuat resort seumpama ini, memang kena pada tempatnya sekurang kurang ada sebab orang luar berkunjung di sini. Nanti pandailah kerajaan memberi kemudahan kalau tempat ini semakin terkenal. Tahniah pengusaha resort. Menurut pekerja pembinaan yg saya tanya, resort ini milik orang Cina dari Malaya, intah macam mana dia boleh beli tanah orang Sabah, mesti atas nama syarikat, atau penguam. Menurut dia lagi bulan Disember tahun ini barulah resort ini dibuka. Sekarang masih dlm pembinaan, itu pun sudah ramai yg berkunjung dan sudah viral dlm media sosial. Stratige pemasaran mangkali dengan membenarkan pengunjung datang semasa dlm pembinaan. Sebab biasanya kawasan pembinaan dilarang masuk, tapi di sini boleh masuk pula. Itulah teknik mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan