Isnin, Mei 01, 2017
Gambar depan kaunter unit kami, di HWKKS, saya ambil dari FB, kawan share memory 3 tahun yg lepas. Banyak yg berubah dlm masa tiga tahun, staff berpindah, staff semakin pandai, bos semakin cekap memantau anggota bawahan dan banyak lagi. Tidak apa semua itu lumrah, hanya diri sendiri perlu menyesuaikan diri. Kerja memang penting, lebih separuh hidup dihabiskan untuk bekerja. Jadi suasana kerja perlu dinikmati sebaik mungkin. Walapun begitu jangan lupa membina satu sudut kehidupan selepas bersara dari kerajaan, agar hidup terus bersemangat dan membahagiakan. Saya sudah sediakan keperluan selepas bersara. Syukur Tuhan memberi anugerah itu kepada saya sebelum usia 40 tahun. Sasaran saya sebelum usia 56 tahun pula bebas hutang personal loan. Selepas bersara saya akan mengusaha resort sepenuh masa, impian sejak sekolah rendah, cuma malu beritahu kepada cikgu bila ditanya apa cita cita..Haha.. Jadi saya cakap jadi dokter...Tapak resort sudah ada, tinggal bina rumah penginapan saja lagi. Buat masa ini saya berjinak jinak dengan usaha homestay di KK, bermula pada 3/3/14, boleh tahan juga seronok buat homestay ini, banyak pelajaran saya timbah. Hebat guru homestay. Dia ajar saya bermacam macam, salah satunya membaiki kerosakan kepala piap, flush toilet, kepada shower, katil rosak, cuci aircond tersumbat dan banyak lagi. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan