8/3/17...Ua1..Sedih pula petang di Ua1 ini. Dalam perjalanan dari HWKKS ke sini sempat berdoa untuk kesihatan isteri dan kandunganya. Saya tidak menaruh harapan apa apa lagi tentang kandungan isteri, biarlah jadi atau tidak. Walapun begitu dalam hati masih memohon dari Tuhan agar kandungan isteri selamat. Saya sudah puas menangis, sejak umur saya 20 tahun sampai sekarang 42 tahun menangis saja di hadapan Tuhan. Bagus kalau tangisan boleh mengubah keadaan.
Hari Jumaat ini saya cuti, esok tidak dapat sebab penuh appointment book saya. Kalau ikutkan hati mau saja pulang Kudat lepas kerja. Kesian isteri, dia MC 2 hari, lusa dia cuti rehat. Tidak apalah esok petang lepas kerja saya balik juga. Petang ini saya house keeping dulu homestay Masawi di Ua1. Sebab Jumaat nanti ada orang check-in. Sebelum house keeping makan dulu, supaya ada tenaga. Makan sup tulang Thai. Ketawalah dulu. Haha. Haha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan