Khamis, September 22, 2016




24/8/16. Perkhidmatan proton Iswara areoback saya sudah hampir ditamatkan. Inilah berkat kereta kami yang kedua, sebelum ini kereta kancil, masa itu dady masih belum kawin, baru tengah hangat bercinta dengan isteri. Tahun 2001 saya beli itu kancil, tapi tidak lama saya pakai sebab kemalangan di Beluran. Tidak sampai satu tahun saya jual itu kancil dan beli kereta proton Iswara Areoback dari tahun 2002 sehingga hari ini 24/8/2016 (14 tahun berkhidmat) Sekarang saya parking saja di Cyber City 2. Saya cuba-cuba iklankan dalam Mudah.com Sabah. Tapi tiada yang mahu, ada pun orang putih dari luar Negara. macam tipu saja itu. Saya tidak layan dia. Tidak apalah biarkan saja ini kereta, mana tahu ada yang mahu sewa atau mahu beli dengan harga yang saya setuju.






25/8/16. Siap sudah pasang lampu dan kipas rumah kami di Country Height. Boleh boleh juga tukang itu minta oh..Ade..betulkah dia ini atau ambil kesempatan sebab orang Rungus sama Rungus. Saya hairan orang Rungus ini ada sikap bergitu. Dia charge RM120 untuk pasang kipas dan tarik wayar kipas satu point. dalam rumah ini ada 3 kipas jagi RM360, pasang lampu RM20 satu lampu tidak perlu tarik wayar. Dalam rumah ini ada 9 biji lampu, jadi RM180. JUMLAH besar RM540. Itu belum termasuk harga barang yang saya beli..Mahu juga 1k semua. Nasip baik ada sudah penyewa, dia sudah bagi RM1K deposit. Kira ok jugalah ada duit untuk buat ini semua.

26/8/16. Tu kereta saya parking sajalah dulu.






26/8/16.  Hari ini saya cuti sebab ada kelas STS kami malam ini, pagi ini saya pergi management CH untuk urus meter air dan saya semak bil yang perlu saya bayar. Rupaya tiada bil yang perlu saya bayar sebab sudah saya bayar sebelum ini. Service charge RM50 satu bulan saya sudah advance bayar sehingga Mei 2018. Wow..
Syukur sebab pagi ini juga mereka sudah pasang meter air, tapi ada leaking pada sambungan paip selepas meter. Saya bagi tahu itu management mereka cakap itu tanggungjawab owner. Apa pun saya gembira sangat sebab ada air sudah rumah kami.




26/8/16. Saya saja ambil gambar kereta baru kami ini, masih kebaru-baruan katakana. Saya hantar kunci pada penyewa saya di tempat kerjanya di Jabatan Cetak Negara terletak di Karamat.

26/8/16. Pemadangan dari fly over di Karamunsing menuju ke KK. Jeam betul..Saya pergi CP bagi kunci pada si Omong. Ada guset mahu masuk di UA1.



27/8/16. Kelas DIPCM/CCM subjek Kerja Sosial dan Gereja. Pengajar Mr. Lawrence Ho. Selepas kelas kami pergi KK, malam baru sampai di Cyber City 2. Tujuan mamy mahu tengok rumah baru kami di CH.


28/8/16. Kami di Megalong saja jalan-jalan, kemudian pergi CH.


28/8/16. Ini di Tangilan, mamy beli buah durian.



28/8/16. Samapi di rumah terus saya pergi Nongkul. Saya jumpa ini orang Bonduk naik rangau..Hebat juga mereka pakai rangau.

28/8/16. ASM Nongkul bersaksi.

28/8/16. Projek di Apah...




28/8/16. KBRT Sid valai dioti adaki Pirig.


29/8/16; Keadaan meter air kami yang ada leaking. 





29/8/16. Rumah baru kami di Country Height Blok D8-2. Saya mahu pasang itu railing langsir tapi saya tidak terbeli itu mata drill che,,,

31/8/16. Gembala kami sedang momigis vogok. 










31/8/16. Pagi hari sebelum kebaktian hari keluarga jam 2pm hari ini. Persiapanlah konon. Paling penting semua ada suka-cita. Amin.





31/8/16. Keadaan halaman rumah kami, dan gambar kereta baru kami D-Max di depan rumah kami, gembira jugakan, naik sikit itu ego..haha..manusia manusia, dengan harta benda yang dia miliki semakin ego rupanya...Ampuni saya Tuhan Yesus, tapi saya pastikan kereta yang Tuhan amanahkan ini saya jaga dan sudah tentu kegunaan pelbagai projek gereja dan pelayanan, bukan untuk diminta puji. 















31/8/16. Hari keluarga jemaat Nongkul. Kami seingat saya ini kali pertama kali kami mengadakan hari keluarga dan pertama kali diadakan di rumah panjang tradisi kami. Ye...we make are history.. Terima Kasih Tuhan Yesus. 

1/9/16. Tilam baru untuk rumah kami di Cyber City 2. Harga RM159.43 dan bantal RM9.35 GST RM10.13



2/9/16. Inilah keadaan pejabat kami..Tiba-tiba pengarah kami datang ke pejabat kami, kebetulan masa itu kami ada CPD unit. Pengarah bukan apa dia minta bos kami jahit baju dia. 

2/9/16. Tilam kami di Cyber City 2 saya bawa balik pergi kampung. Sebab tidak berapa bagus sudah, tapi sayang mahu dibuang. Tilam di Cyber City 2 saya ganti yang baru. Untuk keselesaan para guest homestay kami. 


3/9/16. Mamy malas memasak di rumah sebab dia kerja overtime hari ini sampai jam 2 pm. Saya pula sibuk meneruskan projek membuat parking kereta kami. Bagus makan saja di restoran si Lina. 








4/9/16. Inilah perkembangan projek parking kami, baru siap pacak dua tiang. 

4/9/16. Doa khas untuk calon UPSR tahun 2016. Prayces pun turut serta didoakan, berseluar biru itu. Tidak sedar masa berlalu, macam baru saja kami sambut kelahiran Prayces tahun 2005, tapi kini sudah besar. Ini tandanya ibubapa dia pun sudah semakin berumur. Terima kasih Tuhan Yesus sebab menjaga anak kami sehingga sekarang masih sihat dan kuat. Amin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan